TED Talks with Malay transcript

David Pogue: 10 tip teknologi yang menjimatkan masa

TED2013

David Pogue: 10 tip teknologi yang menjimatkan masa
5,098,535 views

Penulis ruang teknologi, David Pogue, berkongsi 10 tip yang mudah dan pintar untuk pengguna komputer, Internet dan kamera. Dan ya, mungkin anda telah tahu beberapa tip ini, tapi terdapat sekurang-kurangnya satu yang anda tidak tahu.

Fahad Al-Attiya: Sebuah negara tanpa air

TEDxSummit

Fahad Al-Attiya: Sebuah negara tanpa air
1,529,461 views

Bayangkan sebuah negara yang berkuasa besar -- minyak dan gas, sinaran matahari, angin (dan duit) -- tetapi tidak mempunyai satu elemen yang penting untuk kehidupan: air. Jurutera infrastruktur, Fahad Al-Attiya, menceritakan tentang bagaimana negara Timur Tengah ini menghasilkan sumber airnya dengan caranya yang tersendiri.

Paolo Cardini: Lupakan multitugas, cubalah satu tugas

TEDGlobal 2012

Paolo Cardini: Lupakan multitugas, cubalah satu tugas
2,609,537 views

Orang ramai tidak lagi menumpukan pada aktiviti memasak - mereka memasak, menulis SMS, berbual melalui telefon, menonton YouTube dan memuat turun gambar-gambar makanan enak yang baru disediakan mereka. Pereka, Paolo Cardini, mempersoalkan keberkesanan dunia multitugas kita dan menghujahkan tentang "satu tugas". Penutup telefon pintar 3D dia yang menarik mungkin dapat membantu.

Margaret Heffernan : Berani Bercanggah Pendapat

TEDGlobal 2012

Margaret Heffernan : Berani Bercanggah Pendapat
3,921,245 views

Kebanyakan orang secara intuitifnya menghindari konflik, tetapi seperti yang ditunjukkan oleh Margaret, bangkit untuk bercanggah pendapat, secara baik, merupakan satu keutamaan untuk maju. Beliau menggambarkan (kadang-kadang secara melawan intuitif) bahawa rakan kongsi yang terbaik tidak bertindak seperti kebuk gema -- dan bagaimana kumpulan pengkaji, perhubungan dan perniagaan-perniagaan yang hebat membenarkan percanggahan pendapat.

Peter Norvig: Kelas dengan 100,000 pelajar

TED2012

Peter Norvig: Kelas dengan 100,000 pelajar
1,166,568 views

Pada musim luruh tahun 2011 Peter Norvig mengajar sebuah kelas bersama-sama Sebastian Thrun mengenai kebijaksanaan buatan di Stanford yang dihadiri oleh 175 orang pelajar secara in situ -- dan lebih daripada 100,000 melalui satu siaran web interaktif. Beliau berkongsi apa yang beliau telah pelajari semasa mengajar sebuah kelas global.

David R. Dow: Teladan daripada banduan yang menunggu hukuman mati

TEDxAustin

David R. Dow: Teladan daripada banduan yang menunggu hukuman mati
3,920,670 views

Apa yang berlaku sebelum sesuatu pembunuhan? Dalam mencari cara untuk mengurangkan kes hukuman mati,, David R. Dow menyedari wujudnya persamaan dalam biografi sebilangan besar para banduan yang menanti hukuman mati ini. Di penyampaian ini, dia mencadangkan satu pelan berani, yang boleh menghalang pembunuhan dari berlaku. (Difilemkan di TEDxAustin.)

Damian Palin: Melombong bahan mineral daripada air laut

TED2012

Damian Palin: Melombong bahan mineral daripada air laut
1,002,297 views

Dunia ini memerlukan banyak air bersih. Kita mendapatkan air laut, menyahgaramkannya dan meminumnya. Tapi, apakah yang boleh dilakukan dengan air garam pekat yang terhasil? Dalam ceramah yang menarik dan pendek ini, TED Fellow, Damian Palin, mengusulkan sebuah idea: Melombong bahan mineral lain yang kita perlukan, dengan bantuan bakteria yang dapat mengerjakan logam.

Michael Norton: Bagaimana membeli kebahagiaan

TEDxCambridge

Michael Norton: Bagaimana membeli kebahagiaan
4,136,439 views

Semasa di TEDxCambridge, Michael Norton berkongsi penyelidikannya yang menakjubkan tentang bagaimana wang, sebenarnya, boleh membeli kebahagiaan -- apabila tidak dibelanjakan pada diri sendiri. Dengarkan data yang mengejutkan, bagaimana pelbagai cara berbelanja secara prososial dapat memberi kebaikan kepada anda, kerja anda dan (sudah tentu) kepada orang lain.

Bryan Stevenson: Kita perlu bercakap tentang sebuah ketidakadilan

TED2012

Bryan Stevenson: Kita perlu bercakap tentang sebuah ketidakadilan
6,350,265 views

Dalam ceramah yang menawan hati, bersifat peribadi dan juga melibatkan nenek dia dan Rosa Parks ini, peguam hak-hak manusia, Bryan Stevenson, berkongsi beberapa kebenaran tentang sistem keadilan di Amerika, bermula daripada ketidakseimbangan dari segi perkauman: satu per tiga daripada populasi lelaki berkulit hitam telah dilucutkan hak undi pada masa-masa tertentu dalam kehidupan mereka. Isu-isu ini yang tidak diteliti dalam sejarah Amerika jarang dibincangkan secara berterus terang, berwawasan dan berdaya pujuk seperti ini.

Neil MacGregor: 2600 tahun sejarah dalam sebuah objek

TEDGlobal 2011

Neil MacGregor: 2600 tahun sejarah dalam sebuah objek
1,160,889 views

Sebuah silinder tanah liat yang dilitupi dengan tulisan pepaku Akkadia, terdapat kerosakan dan rekahan, silinder Cyrus merupakan sebuah simbol yang hebat yang melambangkan toleransi agama dan kepelbagaian budaya. Dalam ceramah yang mempesonakan ini, Neil MacGregor, pengarah Muzium British, menjejaki sejarah Timur Tengah yang sepanjang 2600 tahun melalui objek ini.

Mikko Hypponen: Tiga jenis serangan dalam talian

TEDxBrussels

Mikko Hypponen: Tiga jenis serangan dalam talian
1,057,532 views

Pakar jenayah siber, Mikko Hypponen, menjelaskan kepada kita tiga jenis serangan dalam talian terhadap privasi dan data kita -- hanya dua jenis yang dianggap sebagai jenayah. "Adakah kita percaya secara membuta tuli mana-mana kerajaan kita pada masa akan datang? Ini kerana sebarang hak yang kita serahkan, kita serahkannya demi kebaikan."

Monika Bulaj: Cahaya tersembunyi Afghanistan

TEDGlobal 2011

Monika Bulaj: Cahaya tersembunyi Afghanistan
669,507 views

Jurugambar Monika Bulaj mengongsi gambaran Afghanistan yang luar biasa dan peribadi -- dari upacara seharian hingga ke cara hidup serta kaum adam dan hawanya. Disebalik tajuk-tajuk utama dalam akhbar, apakah yang kami benar-benar tahu tentang tempat ini?

Allan Jones: Peta otak

TEDGlobal 2011

Allan Jones: Peta otak
1,269,611 views

Bagaimanakah kita mula memahami cara otak kita berfungsi? Cara yang sama dengan cara kita mula memahami sebuah bandar raya: menghasilkan sebuah peta. Dalam ceramah yang mempunyai visual yang mempesokan ini, Allan Jones menunjukkan bagaimana kumpulannya sedang memetakan gen-gen yang dihidupkan di setiap kawasan kecil, dan bagaimana kesemuanya dirangkaikan.

Lucianne Walkowicz: Mencari planet di sekitar bintang-bintang lain

TEDGlobal 2011

Lucianne Walkowicz: Mencari planet di sekitar bintang-bintang lain
1,240,810 views

Bagaimana kita mencari planet - malah planet boleh didiami di sekitar bintang-bintang lain? Dengan melihat malapan kecil semasa sebuah planet melintasi di hadapan matahari, Fellow TED Lucianne Walkowicz dan Kepler Mission telah menemui sekitar 1200 sistem yang berpotensi sebagai planet baru. Dengan teknik baru, mereka mungkin menjumpai beberapa planet dengan keadaan yang sesuai untuk kehidupan.

Philip Zimbardo: Kejatuhan Kaum Adam?

TED2011

Philip Zimbardo: Kejatuhan Kaum Adam?
2,470,575 views

Pakar psikologi Philip Zimbardo bertanya, "Kenapa para lelaki dalam kesukaran?" Beliau berkongsi beberapa data statistik (kadar graduasi rendah, kekhuatiran mengenai hubungan dan keintiman) dan mencadangkan beberapa sebab --dan beliau juga akan meminta bantuan anda! Tonton ceramah beliau, kemudian ambil 10 soalan pendek kaji selidiknya : http://on.ted.com/PZSurvey

Adam Ostrow: Selepas kemaskini status terakhir anda

TEDGlobal 2011

Adam Ostrow: Selepas kemaskini status terakhir anda
1,280,208 views

Ramai di antara kita mempunyai kehadiran dalam media sosial -- sebuah personaliti virtual yang mempunyai kemaskini status, tweet dan jaringan kenalan, disimpan di dalam awan (cloud). Adam Ostrow menanyakan satu pokok persoalan: Apa yang akan terjadi kepada personaliti tersebut setelah anda mati? Mungkinkah ia..terus hidup?

Julian Treasure: 5 cara mendengar dengan lebih baik

TEDGlobal 2011

Julian Treasure: 5 cara mendengar dengan lebih baik
8,060,876 views

Dalam dunia kita yang semakin bising, kata pakar bunyi Julian Treasure, "Daya mendengar kita semakin pupus." Dalam ucapan yang ringkas tetapi menarik ini, Treasure berkongsi lima cara menala semula pendengaran kita supaya mendengar orang lain dan dunia disekeliling kita secara sedar.

Matt Cutts: Mencuba sesuatu yang baru dalam masa 30 hari

TED2011

Matt Cutts: Mencuba sesuatu yang baru dalam masa 30 hari
12,215,040 views

Anda ada sesuatu yang harus dilakukan, sesuatu yang anda inginkan, tetapi...belum lagi? Matt Cutts mencadangkan: Cuba lakukannya dalam masa 30 hari. Ceramah pendek dan ringan ini membentangkan tentang cara yang berkesan untuk meletakkan sesuatu matlamat dan mencapainya.

Daniel Temmet: Cara-cara yang berbeza untuk mengetahui

TED2011

Daniel Temmet: Cara-cara yang berbeza untuk mengetahui
2,246,769 views

Daniel Tammet menghidap sinesthesia bahasa, angka, dan visual -- bererti tanggapan beliau terhadap perkataan, nombor, dan warna terjalin bersama membentuk satu kaedah baru untuk melihat dan memahami dunia ini. Sebagai penulis buku berjudul "Born on a Blue Day", Tammet berkongsi bersama kebolehan dan keghairahan beliau berbahasa, dalam bayangan sekilas keistimewaan mindanya.

Janet Echelman: Mengambil imaginasi dengan serius

TED2011

Janet Echelman: Mengambil imaginasi dengan serius
2,274,256 views

Janet Echelman menemui jati dirinya yang sebenar sebagai seorang artis sewaktu lukisan-lukisannya menghilang -- memaksanya menggunakan bahan seni yang tak ortodoks. Sekarang dia menghasilkan arca yang berombak, mengalir, yang sebesar bangunan dan tampak canggih. 10 minit yang menakjubkan terisi penuh dengan kreativiti.

Ric Elias: 3 perkara yang saya pelajari ketika pesawat saya terhempas.

TED2011

Ric Elias: 3 perkara yang saya pelajari ketika pesawat saya terhempas.
7,721,543 views

Ric Elias berada di tempat duduk hadapan dalam penerbangan 1549, yakni kapal terbang yang terhempas di Sungai Hudson di New York pada Januari 2009. Apa yang terlintas di fikiran beliau apabila kapal terbang tersebut sedang terhempas? Di TED, beliau menceritakan kisahnya buat pertama kali di khalayak umum.

David Christian: Sejarah dunia kita dalam masa 18 minit

TED2011

David Christian: Sejarah dunia kita dalam masa 18 minit
10,836,002 views

Dengan sokongan ilustrasi yang menakjubkan, David Christian mengisahkan sejarah lengkap alam semesta, dari Letupan Besar sehingga Internet, dalam masa 18 minit. Inilah "Sejarah Penting": sebuah pandangan yang membuka minda dan berperspektif luas tentang kekompleksan, kehidupan dan kemanusiaan; ia mengisi pengetahuan kita yang terhad tentang garis masa kosmik.

Patricia Ryan: Jangan menegaskan bahasa Inggeris!

TEDxDubai

Patricia Ryan: Jangan menegaskan bahasa Inggeris!
2,138,668 views

Di TEDxDubai, Patricia Ryan yang telah lama menjadi guru bahasa Inggeris menanya sebuah soalan yang bersifat provokatif: Adakah fokus dunia pada bahasa Inggeris mencegah penyebaran idea yang baik dalam bahasa-bahasa lain? (Sebagai contoh: Bagaimana jika Einstein terpaksa lulus TOEFL?) Ia merupakan sebuah pembelaan yang ghairah terhadap penterjemahan dan perkongsian idea.

Salman Khan: Mari kita gunakan video untuk membentuk semula pendidikan

TED2011

Salman Khan: Mari kita gunakan video untuk membentuk semula pendidikan
5,578,134 views

Salman Khan bercakap tentang bagaimana dan kenapa dia mewujudkan Akademi Khan yang mengagumkan itu. Ia mengandungi video-video pendidikan yang berstruktur dan menawarkan kurikulum matematik yang lengkap, dan sekarang, subjek-subjek lain. Dia menunjukkan keberkesanan latihan interaktif, dan menyeru guru-guru agar mempertimbangkan untuk menjadikan kelas lebih menarik -- menyuruh pelajar menonton video di rumah dan membuat "kerja rumah" di dalam kelas di mana guru akan berada di situ untuk membantu mereka.

Gandingan wirawati doktor ibu dan anak: Hawa Abdi + Deqo Mohamed

TEDWomen 2010

Gandingan wirawati doktor ibu dan anak: Hawa Abdi + Deqo Mohamed
457,143 views

Mereka pernah digelar sebagai "penyelamat Somalia." Doktor Hawa Abdi dan anak perempuan beliau Deqo Mohamed membicarakan tentang klinik perubatan mereka di Somalia, ketika berhadapan dengan peperangan saudara dan penindasan secara terang-terangan terhadap wanita - mereka berjaya membina sebuah hospital, sekolah dan satu komuniti yang aman.