Aala El-Khani: Bagaimana pengalaman menjadi ibu bapa di zon perang

TEDxManchester

Aala El-Khani: Bagaimana pengalaman menjadi ibu bapa di zon perang

February 14, 2016


Bagaimana ibu bapa melindungi anak-anak mereka dan membantu mereka berasa selamat sekali lagi apabila rumah mereka dimusnahkan oleh peperangan? Dalam ucapan yang menyentuh hati ini, pakar psikologi Aala El-Khani berkongsi mengenai tugasnya membantu dan juga belajar daripada keluarga-keluarga pelarian yang terjejas oleh perang saudara di Syria. Beliau bertanya: Bagaimana boleh kita membantu ibu bapa yang penyayang ini untuk memberikan anak-anak mereka keibubapaan yang mesra dan selamat yang mereka sangat memerlukannya?

James Veitch: Inilah yang berlaku bila anda balas emel penipuan

TEDGlobal>Geneva

James Veitch: Inilah yang berlaku bila anda balas emel penipuan

December 8, 2015


Email yang sangsi: bon insuran tidak dituntut, peti deposit keselamatan bertatah belian, rakan rapat terkandas di negara asing. Emel ini muncul dalam peti masuk kita dan prosedur biasa adalah memadamkannya. Namun apa yang berlaku jika anda balas? Ikuti penulis dan pelawak James Veitch menceritakan perbualan melucukan selama berminggu-minggu bersama penipu yang menawarkan ganjaran atas urusjanji yang menarik.

Tim Harford: Bagaimana masalah yang serabut boleh mencetus kreativiti

TEDGlobal>London

Tim Harford: Bagaimana masalah yang serabut boleh mencetus kreativiti

September 29, 2015


Cabaran dan masalah boleh menganggu proses kreatif anda...atau boleh membuatkan anda lebih kreatif dari biasa. Di sebalik kisah yang mengejutkan tentang album piano solo terlaris sepanjang zaman, Tim Harford mungkin dapat meyakinkan anda manfaat berkerja dengan sedikit kacau bilau.

Harry Cliff: Sudahkah kita sampai ke penghujung fizik?

TEDGlobal>Geneva

Harry Cliff: Sudahkah kita sampai ke penghujung fizik?

December 8, 2015


Mengapa ada berbanding tiada? Mengapa terlalu banyak benda wujud dalam dunia? Ahli fizik partikel Harry Cliff mengkaji Pelanggar Hadron Besar di CERN dan beliau mempunyai berita buruk bagi mereka yang mencari jawapan persoalan ini. Walaupun saintis berusaha sedaya upaya (bersama bantuan mesin terbesar di dunia), kita mungkin tidak menjelaskan sepenuhnya kesemua cir-ciri alam semulajadi. Adakah ini penghujung kepada fizik? Ketahui lebih lanjut dalam ceramah menarik ini tentang kajian terkini struktur rahsia alam sejagat.

Chieko Asakawa: Bagaimana teknologi terkini mampu menolong golongan buta untuk menerokai dunia.

TED@IBM

Chieko Asakawa: Bagaimana teknologi terkini mampu menolong golongan buta untuk menerokai dunia.

October 15, 2015


Bagaimanakah teknologi membantu kita meningkatkan kualiti hidup? Bagaimana kita boleh mengemudi dunia tanpa menggunakan deria penglihatan? Pencipta dan Felo IBM Chieko Asakawa, yang buta sejak berusia empat belas, sedang berusaha untuk menjawab soalan- soalan ini. Dengan demonstrasi yang menarik, dia menunjukkan beberapa teknologi terkini yang membantu orang buta menjadi lebih berdikari dalam menerokai dunia... kerana beliau beranggapan bahawa apabila kita mereka bentuk sesuatu untuk meluaskan kebolehcapaian sesetengah orang, semua orang akan mendapat faedah.

Yuval Noah Harari: What explains the rise of humans?

TEDGlobalLondon

Yuval Noah Harari: What explains the rise of humans?

June 12, 2015


Seventy thousand years ago, our human ancestors were insignificant animals, just minding their own business in a corner of Africa with all the other animals. But now, few would disagree that humans dominate planet Earth; we've spread to every continent, and our actions determine the fate of other animals (and possibly Earth itself). How did we get from there to here? Historian Yuval Noah Harari suggests a surprising reason for the rise of humanity.

Alaa Murabit: Apa Pandangan Sebenar Agama Saya Terhadap Wanita

TEDWomen 2015

Alaa Murabit: Apa Pandangan Sebenar Agama Saya Terhadap Wanita

May 29, 2015


Keluarga Alaa Murabit berpindah dari Kanada ke Libya ketika dia berumur 15 tahun. Sebelum ini, beliau berasa mempunyai kesamarataan dengan saudara lelakinya, tetapi dalam persekitaran baru ini beliau merasakan terdapat larangan yang besar terhadap perkara yang mampu dicapainya. Sebagai seorang wanita Muslim yang bangga dengan ajaran Islam, beliau tertanya-tanya: adalah ini benar-benar doktrin agama? Dengan cara yang berseloroh, bersemangat dan pemberontakan cara modern, beliau berkongsi bagaimana beliau menemui contoh-contoh pemimpin wanita yang terdapat di dalam lipatan sejarah kepercayaannya - dan bagaimana dia melancarkan kempen untuk memperjuangkan hak-hak wanita dengan menggunakan ayat-ayat dari Al-Quran.

Lee Mokobe: Sebuah puisi hebat tentang apa yang transgender rasa

TEDWomen 2015

Lee Mokobe: Sebuah puisi hebat tentang apa yang transgender rasa

May 28, 2015


"I was the mystery of an anatomy, a question asked but not answered," says poet Lee Mokobe, a TED Fellow, in this gripping and poetic exploration of identity and transition. It's a thoughtful reflection on bodies, and the meanings poured into them.

Joey Alexander: An 11-year-old prodigy performs old-school jazz

TED2015

Joey Alexander: An 11-year-old prodigy performs old-school jazz

March 25, 2015


Raised listening to his dad's old records, Joey Alexander plays a brand of sharp, modern piano jazz that you likely wouldn't expect to hear from a pre-teenager. Listen as the 11-year-old delights the TED crowd with his very special performance of a Thelonious Monk classic.

oleh Shimpei Takahashi: Menjana Akar Idea - oleh Shimpei Takahashi (TEDxTokyo)

TEDxTokyo

oleh Shimpei Takahashi: Menjana Akar Idea - oleh Shimpei Takahashi (TEDxTokyo)

May 31, 2013


Shimpei Takahashi adalah seorang pencipta produk-produk terkemuka di Jepun yang sering menghasilkan idea barangan yang luar biasa. Beliau berharap untuk memperkenalkan beberapa cara mudah yang beliau gunakan untuk menghasilkan idea menarik.

Marc Kushner: Kenapa reka bentuk bangunan pada masa depan bergantung pada… anda?

TED2014

Marc Kushner: Kenapa reka bentuk bangunan pada masa depan bergantung pada… anda?

March 10, 2014


“Reka bentuk bukannya tentang matematik atau pengezonan, ia adalah tentang emosi kita yang meluap-luap,” Marc Kushner berkata. Dalam ucapan yang lucu dan melibatkan abad-abad yang berbeza ini, beliau meninjau gaya seni bina dalam 30 tahun kebelakangan ini untuk menunjukkan bagaimana orang ramai, setelah mereka mula berhubung secara atas talian, menjadi pihak yang penting dalam proses mereka bentuk. Dengan bantuan media sosial, para arkitek dapat menerima maklum balas orang ramai beberapa tahun terlebih dahulu walaupun sesebuah bangunan itu belum dibina. Akibatnya? Reka bentuk yang lebih hebat.

Hannah Fry: Tafsiran cinta dari sudut matematik

TEDxBinghamtonUniversity

Hannah Fry: Tafsiran cinta dari sudut matematik

April 4, 2014


Menemui pasangan yang sesuai bukannya sebuah perkara yang mudah -- tapi mungkin matematik dapat membantu? Dalam ucapan yang menarik ini, ahli matematik, Hannah Fry, menunjukkan pola-pola bagaimana kita mencari pasangan, dan memberikan tiga petua (yang telah disahkan dari sudut matematik!) untuk membantu kita menemui orang yang istimewa itu.

Daria van den Bercken: Kenapa saya bermain piano di atas jalan... dan di atas langit

TEDSalon Berlin 2014

Daria van den Bercken: Kenapa saya bermain piano di atas jalan... dan di atas langit

June 24, 2014


Daria van den Bercken, pemain piano, amat menyukai karya muzik Baroque daripada George Frideric Handel. Kini, dia mahu mencetuskan minat orang ramai terhadap muzik tersebut. Dalam ceramah ini, beliau memainkan muzik tersebut yang dapat mencetuskan emosi yang berbeza. Beliau bermain piano di atas langit, di atas jalan, dan semestinya di atas pentas.

Julian Treasure: Bagaimana bercakap supaya orang mahu mendengar

TEDGlobal 2013

Julian Treasure: Bagaimana bercakap supaya orang mahu mendengar

February 27, 2013


Pernahkah anda merasakan seperti anda bercakap, tetapi tidak ada siapa yang mendengar? Ceramah Julian Treasure ini boleh membantu! Dalam ceramah yang berguna ini, pakar bunyi ini menunjukkan bagaimana bercakap dengan bertenaga — dari beberapa latihan suara yang mudah kepada cara untuk bercakap dengan empati. Satu ucapan yang berupaya membantu dunia ini berbunyi lebih indah.

Jamila Lyiscott: 3 jenis gaya pertuturan dalam bahasa Inggeris

TEDSalon NY2014

Jamila Lyiscott: 3 jenis gaya pertuturan dalam bahasa Inggeris

February 12, 2014


Jamila Lyiscott dapat menuturkan tiga jenis gaya pertuturan dalam bahasa Inggeris. Dalam ceramah yang penuh bertenaga ini, dia menghayati dan mencabar ketiga-tiga jenis gaya pertuturan ini yang dituturkannya dengan kawan-kawannya, dengan ibu bapanya, dan semasa dia berada di kelas. Dia meninjau sejarah dan identiti yang diwakili oleh setiap gaya itu dan menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan "ada bakat dalam bahasa".

Zak Ebrahim: Saya anak pengganas. Saya memilih keamanan.

TED2014

Zak Ebrahim: Saya anak pengganas. Saya memilih keamanan.

March 12, 2014


Jika anda dibesarkan berdasarkan dogma dan kebencian, adakah anda mempunyai pilihan yang berbeza selepas itu? Zak Ebrahim cuma berusia tujuh tahun semasa ayah dia terlibat dalam rancangan mengebom Pusat Dagangan Dunia di Amerika Syarikat pada tahun 1993. Kisah dia mengejutkan kita, tapi ia memberikan inspirasi.

Gabriel Barcia Colombo: Mesin layan diri DNA saya

TED Fellows Retreat 2013

Gabriel Barcia Colombo: Mesin layan diri DNA saya

August 19, 2013


Mesin layan diri biasanya menawarkan, gula-gula dan kerepek. Bukannya untuk mesin yang dicipta oleh Fellow TED Gabe Barcia-Colombo. Artis ini telah menghasilkan suatu Mesin Layan Diri DNA, yang mengeluarkan DNA manusia yang diekstrak, dibungkus dalam botol bersama gambar orang yang memberikannya. Ianya menarik dan aneh, tetapi menekankan isu-isu etika lebih besar yang akan timbul sementara akses kepada bioteknologi terus meningkat.

Henry Lin: Apa yang kita boleh belajar daripada galaksi

TEDYouth 2013

Henry Lin: Apa yang kita boleh belajar daripada galaksi

November 19, 2013


Dalam ceramah yang menyeronokkan dan menarik ini, Henry Lin bercakap tentang sesuatu yang tidak dijangka di langit: kelompok galaksi. Pemenang anugerah Intel Science Fair ini berkata, dengan mengkaji sifat-sifat kepingan terbesar di alam semesta, banyak perkara yang kita boleh belajar tentang misteri-misteri saintifik di dunia kita dan galaksi.

McKenna Pope: Mahu menjadi seorang aktivis? Mulakan dengan barang permainan anda

TEDYouth 2013

McKenna Pope: Mahu menjadi seorang aktivis? Mulakan dengan barang permainan anda

November 23, 2013


Adik lelaki McKenna Pope gemar akan memasak, tetapi dia risau untuk menggunakan Easy-Bake Oven - kerana ia merupakan barang permainan untuk budak perempuan. Jadi pada umur 13 tahun, Pope memulakan petisyen dalam talian agar syarikat barangan permainan Amerika, iaitu Hasbro, menukar warna merah jambu dan ungu pada barangan permainan klasik itu dan menggunakan kanak-kanak lelaki dalam pemasaran TV mereka. Dalam ceramah yang sangat menggalakkan ini, Pope memberikan sebab-sebab yang munasabah mengapa barangan permainan yang neutral dari segi jantina harus dipasarkan dan menyeru kanak-kanak yang merasakan diri mereka tidak berkuasa untuk bertindak.

Joe Kowan: Bagaimana saya menewaskan gugup pentas

TED@State Street Boston

Joe Kowan: Bagaimana saya menewaskan gugup pentas

November 18, 2013


Perasaan takut yang dimiliki manusia berguna dalam membantu kita memberikan tumpuan tajam untuk mengelakkan diri daripada dimakan oleh haiwan-haiwan lain yang senantiasa bersaing. Bagaimanapun, perasaan takut yang meluap-luap dan menguasai badan bukan sesuatu yang baik apabila kita berada di hadapan 20 orang peminat muzik rakyat, di pentas terbuka pada malam Selasa. Tapak tangan berpeluh, tangan menggeletar, pandangan kabur, dan otak berkata LARI: itulah gugup pentas. Dalam ceramah yang menarik dan bermuzik ini, Joe Kowan bercerita tentang bagaimana beliau menewaskannya.

Paula Johnson: Rawatan kesihatan bagi lelaki dan wanita

TEDWomen 2013

Paula Johnson: Rawatan kesihatan bagi lelaki dan wanita

December 5, 2013


Sel badan mempunyai jantina. Maksudnya, lelaki dan wanita adalah berbeza daripada peringkat sel. Tapi selalunya, bidang penyelidikan dan perubatan tidak memberikan perhatian padanya; akibatnya, lelaki dan wanita mempunyai tindak balas terhadap penyakit atau kesan rawatan yang berbeza. Dalam ceramahnya yang merangsang fikiran ini, doktor perintis, Paula Johnson, menjelaskan bahawa kegagalan untuk mempertimbangkan faktor perbezaan jantina bermakna kita merisikokan kesihatan wanita. Sudah tiba masanya kita berfikir tentangnya.

Sandra Aamodt: Kenapa berdiet selalunya tidak berkesan?

TEDGlobal 2013

Sandra Aamodt: Kenapa berdiet selalunya tidak berkesan?

June 11, 2013


Di Amerika Syarikat, 80% daripada kanak-kanak perempuan berdiet sejak berusia 10 tahun lagi. Neurosaintis Sandra Aamodt menggunakan pengalaman peribadinya bagi mengungkap bagaimana otak mengendalikan badan kita. Beliau meneroka sains di sebalik mengapa diet bukan sahaja tidak berkesan, tetapi mungkin mendatangkan lebih mudarat daripada kebaikan. Beliau mencadangkan idea-idea untuk hidup tanpa obsesi kepada diet.

Maysoon Zayid: Saya ada 99 masalah... Palsi cuma salah satu daripadanya

TEDWomen 2013

Maysoon Zayid: Saya ada 99 masalah... Palsi cuma salah satu daripadanya

December 4, 2013


"Saya menderitai palsi serebrum. Saya asyik menggeletar." Itulah yang diumumkan oleh Maysoon Zayid pada permulaan ceramahnya yang sangat lucu dan menyenangkan ini. (Ia memang lucu). "Saya seolah-olah gabungan Shakira dan Muhammad Ali." Pelawak Arab-Amerika ini berkongsi pengalamannya sebagai seorang pelakon, pelawak secara langsung, dermawan dan penyokong orang kurang upaya.

Krista Donaldson: Lutut palsu berharga USD80 yang dapat mengubah kehidupan

TEDWomen 2013

Krista Donaldson: Lutut palsu berharga USD80 yang dapat mengubah kehidupan

December 5, 2013


Beberapa tahun kebelakangan ini, kita telah menghasilkan teknologi yang amat canggih, tetapi selalunya hanya orang-orang yang bernasib baik yang dapat menikmatinya. Jurutera, Krista Donaldson, memperkenalkan ReMotion Knee, iaitu lutut palsu untuk orang yang telah menjalani amputasi sehingga bahagian atas lutut. Pendapatan harian bagi kebanyakan daripada mereka ini kurang daripada USD4. Reka bentuk lutut palsu ini mempunyai teknologi yang bertaraf dunia tetapi ia lebih murah daripada lutut palsu lain di pasaran.

Arthur Benjamin: Keajaiban nombor Fibonacci

TEDGlobal 2013

Arthur Benjamin: Keajaiban nombor Fibonacci

June 12, 2013


Matematik ialah sesuatu yang logik, berfungsi dan.. hebat. Ahli Mate-magik, Arthur Benjamin, meneroka sifat-sifat tersembunyi dalam satu set nombor yang pelik dan menarik, iaitu siri Fibonacci. (Dan mengingatkan anda bahawa matematik juga memberikan inspirasi!)

Hetain Patel: Siapakah "saya"? Fikirkannya sekali lagi

TEDGlobal 2013

Hetain Patel: Siapakah "saya"? Fikirkannya sekali lagi

June 11, 2013


Bagaimanakah kita menentukan siapa kita? Persembahan Hetain Patel yang menakjubkan ini bermain dengan identiti, bahasa dan pelat -- dan mencabar anda agar tidak hanya melihat penampilan, tapi berfikir dengan lebih mendalam. Sebuah pemikiran yang mendalam tentang diri sendiri, bersama seorang penari, Yuyu Rau, dan mendapat inspirasi daripada Bruce Lee.

Andras Forgacs: Kulit haiwan dan daging tanpa perlu membunuh haiwan

TEDGlobal 2013

Andras Forgacs: Kulit haiwan dan daging tanpa perlu membunuh haiwan

June 13, 2013


Menjelang tahun 2050, sebanyak 100 bilion ekor haiwan di darat diperlukan untuk membekalkan daging, hasil tenusu, telur, dan barangan kulit kepada populasi dunia. Menanggung haiwan-haiwan ini memberikan kesan yang besar kepada planet kita. Bagaimana jika terdapatnya cara yang berbeza? Dalam ceramah yang membuka mata ini, penyokong kejuruteraan tisu, Andras Forgacs, menghujahkan bahawa biopembikinan daging dan kulit haiwan ialah cara yang lebih beradab daripada pembunuhan haiwan untuk membuat hamburger dan beg tangan.

Ron McCallum: Bagaimana teknologi membolehkan saya membaca

TEDxSydney

Ron McCallum: Bagaimana teknologi membolehkan saya membaca

July 8, 2013


Beberapa bulan selepas dia dilahirkan pada tahun 1948, Ron McCallum menjadi buta. Dalam ceramah yang menarik dan menyentuh perasaan ini, dia menunjukkan bagaimana dia boleh membaca -- dan meraikan perkembangan perisian cekap dan teknologi komputer mudah suai yang membolehkannya berlaku. Dengan bantuan teknologi-teknologi ini dan para sukarelawan yang pemurah, dia telah menjadi seorang peguam, pensyarah, dan yang paling penting, seorang pembaca yang rakus. Selamat datang ke revolusi bacaan orang buta. (Difilemkan di TEDx Sydney.)

May El-Khalil: Mewujudkan keamanan ialah sebuah maraton

TEDGlobal 2013

May El-Khalil: Mewujudkan keamanan ialah sebuah maraton

June 22, 2013


Di Lubnan, setiap tahun ada satu tembakan yang bukan sebahagian daripada keganasan yang biasa: Bunyi pelepasan acara Maraton Antarabangsa Beirut. Dalam ceramah yang menyentuh perasaan ini, pengasas maraton, May El-Khalil, menerangkan mengapa beliau percaya acara larian 42.195 kilometer ini boleh menyatukan negara yang berbalah bertahun-tahun akibat politik dan agama, walaupun untuk satu hari setiap tahun.

Shigeru Ban: Tempat tinggal sementara yang dibina daripada kertas

TEDxTokyo

Shigeru Ban: Tempat tinggal sementara yang dibina daripada kertas

May 1, 2013


Sebelum perkataan kelestarian sering digunakan, seorang arkitek, Shigeru Ban, telah memulakan eksperimennya dengan bahan pembinaan yang mesra ekologi seperti tiub kadbod dan kertas. Strukturnya yang luar biasa selalu digunakan sebagai tempat tinggal sementara yang direka bentuk untuk membantu mereka yang kehilangan kesemuanya di negara-negara yang dilanda bencana seperti Haiti, Rwanda atau Jepun. Tapi, selalunya bangunan tersebut kekal sebagai sebuah landskap yang disukai ramai setelah ia digunakan seperti yang dikehendaki. (Difilemkan di TEDx Tokyo.)