TED Talks with Malay transcript

Neil Pasricha: 3 K untuk Kehebatan

TEDxToronto 2010

Neil Pasricha: 3 K untuk Kehebatan
3,207,333 views

Blog 1000 'Awesome Things' (Perkara Hebat) oleh Neil Pasricha mendedahkan kita akan nikmat dalam kehidupan seharian, dari isian percuma kepada kain cadar yang bersih. Dalam ucapan tulus daripada hati di TEDxToronto, dia membongkar 3 rahsia (semua bermula dengan K) untuk kita menerajui hidup yang benar-benar hebat.

Brene Brown: Kuasa "mudah tersinggung"

TEDxHouston

Brene Brown: Kuasa "mudah tersinggung"
46,319,192 views

Brene Brown mengkaji hubungan manusia -- kemampuan kita merasa empati, kekitaan, kasih sayang. Dalam ucapan yang memilukan tapi lucu di TEDxHouston, beliau berkongsi pengeertian mendalam daripada kajiannya, di mana beliau sendiri berusaha mengenal diri sendiri selain memahami kemanusiaan. Sebuah ucapan yang harus dikongsi bersama.

Nic Marks: Indeks Planet Bahagia

TEDGlobal 2010

Nic Marks: Indeks Planet Bahagia
2,221,321 views

Ahli statistik, Nic Marks, menanya mengapa kita mengukur kejayaan sesebuah negara berdasarkan tahap produktivitinya, dan tidak berdasarkan kebahagiaan dan kesejahteraan rakyatnya. Dia memperkenalkan Indeks Planet Bahagia (IPB), yang mengukur tahap kebahagiaan nasional berbandingkan penggunaan sumber negara tersebut untuk mencapainya (kerana kehidupan yang bahagia dan sejahtera tidak seharusnya dicapai dengan menjejaskan sumber bumi). Negara manakah yang menduduki tempat teratas dalam penilaian IPB? Anda mungkin terkejut dengan jawapannya.

Sir Ken Robinson: Cetuskan revolusi pendidikan!

TED2010

Sir Ken Robinson: Cetuskan revolusi pendidikan!
9,209,583 views

Dalam sambungan sinis kepada jenaka syarahan beliau pada 2006, Sir Ken Robinson mengutarakan hujahnya untuk perubahan mendadak dalam pendidikan daripada persekolahan standard kepada pendidikan berteraskan individu -- dengan mencipta suasana yang membantu perkembangan bakat semulajadi kanak-kanak.

Adora Svitak : Apa yang orang dewasa boleh pelajari dari kanak kanak

TED2010

Adora Svitak : Apa yang orang dewasa boleh pelajari dari kanak kanak
6,022,458 views

Budak genius, Adora Svitak menyatakan bahawa dunia memerlukan pemikiran "keanak-anakan":gagasan yang berani dan kreativiti yang liar dan terutamanya bersikap optimisme. Dia juga menyatakan impian besar kanak-kanak wajar diberikan harapan yang tinggi dan ini dapat dimulai dengan kerelaan orang dewasa belajar dari kanak-kanak sama besar dengan keinginan mereka mengajar kanak-kanak.

Temple Grandin: Dunia ini memerlukan semua jenis minda

TED2010

Temple Grandin: Dunia ini memerlukan semua jenis minda
5,588,848 views

Temple Grandin, didiagnosis dengan autisme semasa kecil, bercakap tentang bagaimana minda dia berfungsi -- berkongsi keupayaan dia "berfikir menggunakan gambaran", yang membantu dia menyelesaikan masalah yang mungkin tidak dapat dikesan oleh otak neurotipikal. Dia mendebatkan bahawa dunia ini perlukan orang autisme: mereka yang berfikiran visual, berfikir berdasarkan corak, berfikiran verbal, dan anak-anak yang pintar tapi tidak pandai bersosial.

Bill Gates tentang tenaga: berinovasi dengan sifar!

TED2010

Bill Gates tentang tenaga: berinovasi dengan sifar!
5,598,307 views

Di TED2010, Bill Gates memperkenalkan visinya untuk masa depan tenaga dunia, menggambarkan keperluan untuk "mukjizat" bagi mengelakkan bencana planet dan menjelaskan mengapa dia mundur secara dramatik berbeza jenis reaktor nuklear. Tujuan yang diperlukan? Sifar pembebasan karbon global pada tahun 2050.

Derek Sivers: Aneh atau lain?

TEDIndia 2009

Derek Sivers: Aneh atau lain?
3,629,976 views

"Ia ada pekara terbalik kepada semua," Ia bermula, dan dalam 2 minit, Derek Sivers menunjuk yang ini betul dalam cara-cara yang anda tidak fikirkan.

Jane Chen: Dakapan hangat yang menyelamatkan nyawa.

TEDIndia 2009

Jane Chen: Dakapan hangat yang menyelamatkan nyawa.
874,886 views

Di negara-negara sedang membangun, akses terhadap inkubator dihambat oleh kos dan faktor jarak menyebabkan jutaan bayi pra matang mati setiap tahun. Felo TED Jane Chen menunjukkan satu ciptaan yang boleh memberikan kehangatan kepada bayi-bayi ini. Sebuah rekaan yang selamat, mudah alih, kos rendah dan menyelamatkan nyawa.

Lalitesh Katragadda: Mencipta peta untuk melawan bencana, membangunkan ekonomi

TEDIndia 2009

Lalitesh Katragadda: Mencipta peta untuk melawan bencana, membangunkan ekonomi
405,132 views

Sehingga 2005, hanya 15 peratus dari kawasan dunia dipeta. Ini melambatkan penghantaran bantuan selepas bencana berlaku. Kawasan tanah terbiar dan jalan raya yang mempunyai potensi ekonomi tetapi tidak dimanfaatkan kerana tidak diketahui. Dalam bicara ringkas ini, Lalitesh Katragadda dari Google menunjukkan Map Maker, satu perisian pencipta peta yang digunakan oleh orang ramai di seluruh dunia untuk memeta dunia mereka.

Karen Armstrong: Ayuh hidupkan semula Aturan Emas

TEDGlobal 2009

Karen Armstrong: Ayuh hidupkan semula Aturan Emas
917,927 views

Beberapa minggu sebelum pelancaran Piagam untuk Ihsan, Karen Armstrong membicarakan mengenai peranan agama dalam abad ke-21. Adakah dogma-dogmanya akan memecah-belahkan kita? Atau adakah ia akan menyatu-padukan kita ke arah satu matlamat? Beliau mengkaji semula pemangkin-pemangkin yang boleh memacu agama-agama dunia untuk menemukan semula Aturan Emas.

Formula Arthur Benjamin untuk mengubah pendidikan matematik

TED2009

Formula Arthur Benjamin untuk mengubah pendidikan matematik
2,625,810 views

Orang sering bertanya guru matematik, “Adakah saya akan menggunakan kalkulus dalam kehidupan saya?” Dan bagi kebanyakan kita, ujar Arthur Benjamin, jawapannya ialah tidak. Beliau mengemukakan satu usul yang berani mengenai bagaimana menjadikan pendidikan matematik relevan dalam zaman digital.

Yves Behara: Reka bentuk sebuah motosikal berkuasa tinggi

TED2009

Yves Behara: Reka bentuk sebuah motosikal berkuasa tinggi
627,065 views

Yves Behar dan Forrest North memperkenalkan Mission One, sebuah motosikal elektrik yang anggun dan berkuasa tinggi. Mereka berkongsi slaid mengenai zaman kanak-kanak mereka yang tinggal berjauhan (tetapi sama) yang menunjukkan bagaimana bekerjasama telah menjalinkan persahabatan mereka dan berkongsi impian yang sama.

Bonnie Bassler: Bagaimana bakteria berkomunikasi

TED2009

Bonnie Bassler: Bagaimana bakteria berkomunikasi
2,683,171 views

Bonnie Bassler mendapati bahawa bakteria berkomunikasi sesama sendiri dengan menggunakan bahasa kimia yang membolehkannya mengkoordinasi pertahanan dan melancarkan serangan. Penemuan ini mempunyai implikasi yang menakjubkan dalam bidang perubatan, industri dan ia membolehkan kita memahami diri kita sendiri.

Tim Berners-Lee: Web seterusnya

TED2009

Tim Berners-Lee: Web seterusnya
1,638,798 views

20 tahun yang lalu, Tim Berners-Lee mencipta World Wide Web. Untuk projek seterusnya, dia sedang membina sebuah web yang terbuka dan dapat mengaitkan data-data seperti perkataan, gambar, video: berkongsi data dan merangka semula cara kita menggunakan data.

Aimee Mullins dan 12 pasang kakinya

TED2009

Aimee Mullins dan 12 pasang kakinya
4,380,008 views

Aimee Mullins, seorang pelakon dan aktivis memberi ucapan tentang kaki palsunya - beliau mempunyai sedozen pasang kaki yang menakjubkan - dan kuasa luar biasa yang kaki-kaki palsu memberikannya: kelajuan, kecantikan, 6 inci ketinggian tambahan. Secara ringkas, Aimee mendefinasikan badan manusia.

Bill Gates Berterus-Terang

TED2009

Bill Gates Berterus-Terang
4,796,732 views

Bill Gates berharap untuk menyelesaikan beberapa masalah terbesar dunia dengan menggunakan kaedah kedermawanan yang baru. Melalui ceramah 18 minit yang penuh semangat dan juga lucu, beliau mengajak kita merenung dua persoalan besar dan bagaimana kita boleh mencari jawapannya.

Bruno Bowden melipat sambil Rufus Cappafoccia bermain

TED2008

Bruno Bowden melipat sambil Rufus Cappafoccia bermain
427,022 views

Setelah Robert Lang berbicara tentang origami di TED2008, Bruno Bowden naik ke pentas dengan sebuah cabaran - beliau akan melipat salah satu figura origami yang rumit daripada Lang, dengan mata tertutup, di bawah 2 minit. Dia disertai oleh pemain cello Rufus Cappadocia.

Adam Grosser dan peti sejuknya yang bertahan lama.

TED2007

Adam Grosser dan peti sejuknya yang bertahan lama.
973,042 views

Adam Grosser berbicara tentang suatu projek untuk membina sebuah peti sejuk yang boleh berfungsi tanpa tenaga elektrik dan membawa peti sejuk tersebut ke perkampungan serta klinik serata dunia. Dengan mengubah suai beberapa teknologi lama, dia telah berjaya mencipta satu sistem yang berfungsi.