TED Talks with Malay transcript

Priyanka Jain: Bagaimana untuk memudahkan proses memohon kerja

The Way We Work

Priyanka Jain: Bagaimana untuk memudahkan proses memohon kerja
548,985 views

Mencari pekerjaan selalunya dimulakan dengan menghantar resume ke seberapa banyak syarikat dan selalunya tidak mendapat apa-apa maklum balas dari mereka. Tetapi semakin banyak syarikat menggunakan kaedah 'tech-forward' untuk mengenalpasti calon. Jika Al adalah masa depan untuk pengambilan pekerja, apakah maksudnya untuk anda? Ahli teknologi Priyanka Jain memberi penerangan tentang lanskap baru proses pengambilan pekerja.

Michael C. Bush: Ini membuatkan pekerja gembira

The Way We Work

Michael C. Bush: Ini membuatkan pekerja gembira
1,789,420 views

Terdapat tiga bilion pekerja di dunia ini, dan hanya 40 peratus yang melaporkan mereka gembira di tempat kerja. Michael C. Bush berkongsi pandangannya tentang apa yang membuatkan pekerja tidak gembira -- dan bagaimana memupuk kepuasan boleh memanfaatkan keuntungan mereka

Wendy De La Rosa: 3 helah psikologi untuk bantu simpan duit

The Way We Work

Wendy De La Rosa: 3 helah psikologi untuk bantu simpan duit
1,969,849 views

Kita semua mahu menyimpan lebih wang -- namun kebanyakan orang semakin kurang menyimpan. Ahli sains kelakuan Wendy De La Rosa mengkaji cara orang membuat keputusan untuk perbaiki kesihatan kewangan. Penemuannya dapat bantu anda buat komitmen tanpa beban untuk lebih menyimpan dan kurangkan perbelanjaan.

Lýdia Machová: Rahsia mempelajari bahasa baharu

TED Salon Brightline Initiative

Lýdia Machová: Rahsia mempelajari bahasa baharu
7,231,347 views

Ingin belajar bahasa baharu tetapi takut atau tidak pasti bagaimana untuk mulakannya? Anda tidak perlukan bakat istimewa atau "gen bahasa," kata Lýdia Machová. Dalam ucapan yang bersemangat dan berinspirasi ini, dia mendedahkan rahsia poliglot (penutur pelbagai bahasa) dan berkongsi empat prinsip untuk membantu anda menemui bakat bahasa anda yang tersembunyi -- dan berseronok semasa mempelajari bahasa.

Özlem Cekic: Kenapa saya minum kopi dengan orang yang hantar saya e-mel benci

We the Future

Özlem Cekic: Kenapa saya minum kopi dengan orang yang hantar saya e-mel benci
1,841,276 views

Peti masuk e-mel Özlem Cekic penuh dengan e-mel benci sejak 2007 ketika dia memenangi kerusi Parlimen Denmark -- menjadi wanita Muslim pertama yang berjaya. Pada mulanya dia hanya memadam e-mel tersebut, meremehkannya sebagai kerja fanatik, hingga satu hari, seorang rakan membuat cadangan yang tidak dijangka: menghubungi penulis surat benci dan menjemput mereka berjumpa untuk minum kopi. Selepas beratus pertemuan "dialog kopi", Cekic berkongsi bagaimana perbualan bersemuka boleh menjadi salah satu kuasa paling kuat untuk melembutkan hati -- dan mencabar kita untuk berbual dengan orang yang kita tidak bersetuju dengannya.

David Cage: Bagaimana permainan video merubah pemain menjadi pencerita

TED2018

David Cage: Bagaimana permainan video merubah pemain menjadi pencerita
650,970 views

Pernahkah anda menonton sebuah filem atau membaca sebuah novel, lalu berharap anda boleh mengubah jalan cerita untuk menyelamatkan watak kegemaran anda? Pereka permainan, David Cage, membolehkan anda berbuat begitu dalam permainan videonya, yang mana pemain membuat keputusan yang membentuk plot yang sentiasa berubah-ubah. Dalam ucapan dan demonstrasi langsung, Cage mempersembahkan satu babak daripada projek terbarunya dan membiarkan penonton mengawal keputusan watak. "Penceritaan interaktif boleh menjadi seperti wayang pada abad ke-20: sebuah seni yang mengubah zamannya," kata Cage.

Helen Gillet: Kamu menJumpai Saya

TEDWomen 2017

Helen Gillet: Kamu menJumpai Saya
445,948 views

Cellist dan penyanyi Helen Gillet menggabungkan latihan klasiknya, akar jazz yang berpangkalan di New Orleans dan kemahiran improvisasi percuma untuk melaksanakan muzik eklektiknya sendiri. Dalam persembahan yang merdu dan hebat, dia memainkan lagu "Kamu Jumpa Saya."

Yasin Kakande: Kehilangan Dalam Debat Global Tentang Pelarian

TED2018

Yasin Kakande: Kehilangan Dalam Debat Global Tentang Pelarian
1,098,895 views

Dalam debat berterusan berkenaan pelarian, kita mendengar pendapat semua-- daripada ahli politik yang berikrar untuk mengawal sempadan kepada rakyat yang bimbang kehilangan kerja mereka -- semua, kecuali pendatang sendiri. Mengapa mereka datang ke mari? Wartawan dan Felo TED Yasin Kakande menjelaskan apa yang menyebabkan beliau dan ramai yang lain untuk melarikan diri daripada tanah air mereka, mendorong kepada perbincangan lebih terbuka dan perspektif yang baru. Kerana kisah kemanusiaan, beliau mengingatkan, adalah sebuah kisah penghijrahan. "Tiada sekatan ketat yang dapat menghentikan gelombang penghijrahan yang menetapkan sejarah manusia," kata beliau.

Hadi Eldebek: Bagaimana artis menyumbang kepada ekonomi -- dan bagaimana kita dapat membantu mereka?

TED Residency

Hadi Eldebek: Bagaimana artis menyumbang kepada ekonomi -- dan bagaimana kita dapat membantu mereka?
1,267,259 views

Kesenian membantu makna dalam hidup kita dan nadi kepada budaya -- jadi mengapa kita selalu melihat artis sebagai golongan yang kais pagi makan pagi untuk mencari rezeki? Hadi Eldebek berusaha untuk mencipta masyarakat yang lebih menghargai artis menerusi platform dalam talian yang memadankan artis dengan geran dan peluang pembiayaan -- jadi mereka dapat menumpukan perhatian kepada penghasilan karya seni dan tidak lagi sibuk membuat kerja-kerja sampingan.

Aala El-Khani: Bagaimana pengalaman menjadi ibu bapa di zon perang

TEDxManchester

Aala El-Khani: Bagaimana pengalaman menjadi ibu bapa di zon perang
1,063,850 views

Bagaimana ibu bapa melindungi anak-anak mereka dan membantu mereka berasa selamat sekali lagi apabila rumah mereka dimusnahkan oleh peperangan? Dalam ucapan yang menyentuh hati ini, pakar psikologi Aala El-Khani berkongsi mengenai tugasnya membantu dan juga belajar daripada keluarga-keluarga pelarian yang terjejas oleh perang saudara di Syria. Beliau bertanya: Bagaimana boleh kita membantu ibu bapa yang penyayang ini untuk memberikan anak-anak mereka keibubapaan yang mesra dan selamat yang mereka sangat memerlukannya?

James Veitch: Inilah yang berlaku bila anda balas emel penipuan

TEDGlobal>Geneva

James Veitch: Inilah yang berlaku bila anda balas emel penipuan
55,851,315 views

Email yang sangsi: bon insuran tidak dituntut, peti deposit keselamatan bertatah belian, rakan rapat terkandas di negara asing. Emel ini muncul dalam peti masuk kita dan prosedur biasa adalah memadamkannya. Namun apa yang berlaku jika anda balas? Ikuti penulis dan pelawak James Veitch menceritakan perbualan melucukan selama berminggu-minggu bersama penipu yang menawarkan ganjaran atas urusjanji yang menarik.

Harry Cliff: Sudahkah kita sampai ke penghujung fizik?

TEDGlobal>Geneva

Harry Cliff: Sudahkah kita sampai ke penghujung fizik?
2,620,349 views

Mengapa ada berbanding tiada? Mengapa terlalu banyak benda wujud dalam dunia? Ahli fizik partikel Harry Cliff mengkaji Pelanggar Hadron Besar di CERN dan beliau mempunyai berita buruk bagi mereka yang mencari jawapan persoalan ini. Walaupun saintis berusaha sedaya upaya (bersama bantuan mesin terbesar di dunia), kita mungkin tidak menjelaskan sepenuhnya kesemua cir-ciri alam semulajadi. Adakah ini penghujung kepada fizik? Ketahui lebih lanjut dalam ceramah menarik ini tentang kajian terkini struktur rahsia alam sejagat.

Chieko Asakawa: Bagaimana teknologi terkini mampu menolong golongan buta untuk menerokai dunia.

TED@IBM

Chieko Asakawa: Bagaimana teknologi terkini mampu menolong golongan buta untuk menerokai dunia.
1,390,823 views

Bagaimanakah teknologi membantu kita meningkatkan kualiti hidup? Bagaimana kita boleh mengemudi dunia tanpa menggunakan deria penglihatan? Pencipta dan Felo IBM Chieko Asakawa, yang buta sejak berusia empat belas, sedang berusaha untuk menjawab soalan- soalan ini. Dengan demonstrasi yang menarik, dia menunjukkan beberapa teknologi terkini yang membantu orang buta menjadi lebih berdikari dalam menerokai dunia... kerana beliau beranggapan bahawa apabila kita mereka bentuk sesuatu untuk meluaskan kebolehcapaian sesetengah orang, semua orang akan mendapat faedah.

Regina Hartley: Sebab pekerja terbaik mungkin tidak mempunyai resume sempurna

TED@UPS

Regina Hartley: Sebab pekerja terbaik mungkin tidak mempunyai resume sempurna
4,093,843 views

Jika diberi pilihan antara calon dengan resume sempurna dan calon yang mengharungi kesusahan, eksekutif sumber manusia Regina Hartley sentiasa memberi peluang kepada "Si Peninju". Selaku seseorang yang membesar dengan kesusahan, Hartley tahu mereka yang berkembang dalam kegelapan mempunyai kesungguhan untuk terus berusaha di tempat kerja yang berubah-ubah. "Pilih pesaing yang dipandang rendah, yang senjata rahsia adalah minat dan tujuan," katanya. "Pilih Si Peninju."

Yuval Noah Harari: What explains the rise of humans?

TEDGlobalLondon

Yuval Noah Harari: What explains the rise of humans?
6,090,144 views

Seventy thousand years ago, our human ancestors were insignificant animals, just minding their own business in a corner of Africa with all the other animals. But now, few would disagree that humans dominate planet Earth; we've spread to every continent, and our actions determine the fate of other animals (and possibly Earth itself). How did we get from there to here? Historian Yuval Noah Harari suggests a surprising reason for the rise of humanity.

Alaa Murabit: Apa Pandangan Sebenar Agama Saya Terhadap Wanita

TEDWomen 2015

Alaa Murabit: Apa Pandangan Sebenar Agama Saya Terhadap Wanita
3,804,611 views

Keluarga Alaa Murabit berpindah dari Kanada ke Libya ketika dia berumur 15 tahun. Sebelum ini, beliau berasa mempunyai kesamarataan dengan saudara lelakinya, tetapi dalam persekitaran baru ini beliau merasakan terdapat larangan yang besar terhadap perkara yang mampu dicapainya. Sebagai seorang wanita Muslim yang bangga dengan ajaran Islam, beliau tertanya-tanya: adalah ini benar-benar doktrin agama? Dengan cara yang berseloroh, bersemangat dan pemberontakan cara modern, beliau berkongsi bagaimana beliau menemui contoh-contoh pemimpin wanita yang terdapat di dalam lipatan sejarah kepercayaannya - dan bagaimana dia melancarkan kempen untuk memperjuangkan hak-hak wanita dengan menggunakan ayat-ayat dari Al-Quran.

Takaharu Tezuka: Tadika terbaik yang anda pernah lihat

TEDxKyoto

Takaharu Tezuka: Tadika terbaik yang anda pernah lihat
5,156,281 views

Di sebuah sekolah di Tokyo, kanak-kanak berusia lima tahun menyebabkan kesesakan lalu lintas dan tingkap adalah tempat Santa masuk. Saksikan: tadika tercomel di dunia, direka bentuk oleh seorang arkitek bernama Takaharu Tezuka. Di dalam persembahan yang menarik ini, beliau membawa kita melalui proses reka bentuk yang menyokong konsep kanak-kanak sepatutnya menjadi kanak-kanak.

Marc Kushner: Kenapa reka bentuk bangunan pada masa depan bergantung pada… anda?

TED2014

Marc Kushner: Kenapa reka bentuk bangunan pada masa depan bergantung pada… anda?
3,735,933 views

“Reka bentuk bukannya tentang matematik atau pengezonan, ia adalah tentang emosi kita yang meluap-luap,” Marc Kushner berkata. Dalam ucapan yang lucu dan melibatkan abad-abad yang berbeza ini, beliau meninjau gaya seni bina dalam 30 tahun kebelakangan ini untuk menunjukkan bagaimana orang ramai, setelah mereka mula berhubung secara atas talian, menjadi pihak yang penting dalam proses mereka bentuk. Dengan bantuan media sosial, para arkitek dapat menerima maklum balas orang ramai beberapa tahun terlebih dahulu walaupun sesebuah bangunan itu belum dibina. Akibatnya? Reka bentuk yang lebih hebat.

Hannah Fry: Tafsiran cinta dari sudut matematik

TEDxBinghamtonUniversity

Hannah Fry: Tafsiran cinta dari sudut matematik
5,166,184 views

Menemui pasangan yang sesuai bukannya sebuah perkara yang mudah -- tapi mungkin matematik dapat membantu? Dalam ucapan yang menarik ini, ahli matematik, Hannah Fry, menunjukkan pola-pola bagaimana kita mencari pasangan, dan memberikan tiga petua (yang telah disahkan dari sudut matematik!) untuk membantu kita menemui orang yang istimewa itu.

Rosie King: Cara autisme bebaskan saya untuk jadi diri saya yang sebenar

TEDMED 2014

Rosie King: Cara autisme bebaskan saya untuk jadi diri saya yang sebenar
2,683,245 views

“Ramai yang takut pada variasi dan cuba mengkelaskan segalanya dengan label yang spesifik.” kata Rosie King, berumur 16 tahun, seorang yang berani dan autistik. Dia mahu tahu, kenapa orang mahu jadi normal? Dia mahu setiap kanak-kanak, ibu bapa, guru dan orang ramai menyahut panggilan untuk meraikan keunikan seseorang. Ia adalah bukti mutakhir terhadap potensi kepelbagaian umat sejagat.

Daria van den Bercken: Kenapa saya bermain piano di atas jalan... dan di atas langit

TEDSalon Berlin 2014

Daria van den Bercken: Kenapa saya bermain piano di atas jalan... dan di atas langit
984,049 views

Daria van den Bercken, pemain piano, amat menyukai karya muzik Baroque daripada George Frideric Handel. Kini, dia mahu mencetuskan minat orang ramai terhadap muzik tersebut. Dalam ceramah ini, beliau memainkan muzik tersebut yang dapat mencetuskan emosi yang berbeza. Beliau bermain piano di atas langit, di atas jalan, dan semestinya di atas pentas.

Isabel Allende: Cara hidup penuh semangat—tanpa mengira usia

TED2014

Isabel Allende: Cara hidup penuh semangat—tanpa mengira usia
3,621,698 views

Penulis Isabel Allende berusia 71 tahun. Ya, beliau ada beberapa kedutan - namun beliau juga mempunyai perspektif hebat. Dalam ucapan selambanya, untuk penonton segenap usia, beliau bercakap tentang kegusarannya ketika usia menginjak dan berkongsi rancangannya untuk terus hidup dengan penuh semangat.

Aziza Chaouni: Bagaimana saya menghidupkan semula sebatang sungai, dan bandar saya

TED2014

Aziza Chaouni: Bagaimana saya menghidupkan semula sebatang sungai, dan bandar saya
732,804 views

Sungai Fez membelit melalui medina Fez, Maghrabi - suatu bandar zaman pertengahan seperti maze yang merupakan Tapak Warisan Dunia. Pada suatu ketika dahulu dianggap sebagai "jiwa" bandar disambut ini, sungai ini mengalah kepada kumbahan dan pencemaran, dan pada tahun 1950-an telah ditutupi sedikit demi sedikit sehingga tiada apa lagi yang kekal. Fellow TED Aziza Chaouni menceritakan usaha beliau selama 20 tahun untuk memulihkan sungai ini kepada kemuliaan lamanya, dan mengubah bandar beliau dalam proses tersebut.

Julian Treasure: Bagaimana bercakap supaya orang mahu mendengar

TEDGlobal 2013

Julian Treasure: Bagaimana bercakap supaya orang mahu mendengar
40,379,785 views

Pernahkah anda merasakan seperti anda bercakap, tetapi tidak ada siapa yang mendengar? Ceramah Julian Treasure ini boleh membantu! Dalam ceramah yang berguna ini, pakar bunyi ini menunjukkan bagaimana bercakap dengan bertenaga — dari beberapa latihan suara yang mudah kepada cara untuk bercakap dengan empati. Satu ucapan yang berupaya membantu dunia ini berbunyi lebih indah.